Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

by HAMKA

PTS Publishing House Sdn Bhd

RM 14.08

Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati. Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta. Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Beli e-Buku Sekarang