Tentang Kami


Dunia Kaki Buku Sdn. Bhd. (1098566-A)
Di KAKI BUKU, kami berusaha membina sebuah kelab membaca yang menyeronokkan dan juga merangsang intelek. Buku-buku elektronik kami dikelolakan dengan menarik dan secara profesional oleh ulat-ulat buku kami. Sama ada novel terhangat yang menjadi bahan bacaan ramai, analisis terkini tentang hal ehwal semasa, trend ideologi yang membentuk dunia atau buku klasik yang anda ingin baca, kami akan menghantarnya kepada peranti anda.

KAKI BUKU terdapat dalam pelbagai bahasa. Anda akan mendapat penerbitan bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Cina yang kian bertambah daripada penerbit buku di Malaysia.

Mereka yang mewujudkan KAKI BUKU adalah terdiri daripada ulat buku, hantu buku, penggila buku dan pembaca kompulsif. Mujurlah mereka juga terlibat dalam industri penerbitan dan industri buku dan mereka mengetahui bagaimana dunia sebenar berfungsi. Sesetengah daripada mereka adalah penerbit, sesetengah daripada mereka adalah penulis. Yang pelik, mereka juga tahu membina laman web dan aplikasi yang hebat.