Usahawan Cilik: Si Blogger Kampung by Zamri Mohamad, Hafizul Hilmi RM 7.83 Ia bermula dengan peristiwa Haeqal berpindah ke kampung Pokok Mangga. Ia berpunca daripada ayahnya yang berpindah tempat kerja ke Melaka. Pokok Mangga merupakan kampung yang pernah terkenal dengan deretan pokok mangga sepanjang jalan serta menjadi tumpuan mendapat buah-buahan yang menjadi tarikan orang ramai. Ini juga menjadi sebab perusahaan kampung lain hidup mewah kesan daripada keunikan kampung ini. Namun, disebabkan pembangunan kampung ini hanya tinggal nama sahaja. Kesan daripada situasi ini, kampung ini menjadi terpinggir, penduduk kampung yang sudah biasa dengan perusahaan kampung melalui keadaan getir mencari rezeki. Salah seorang daripada mereka adalah Puan Jamilah, pembuat tikar mengkuang. Dia terus memaksa diri membuat tikar dan menjualnya setiap hari meskipun tidak laris. Beliau berniaga dengan bantuan dua orang anak kembarnya iaitu Asyraf dan Juwaini. Haeqal sedar akan keadaan ini percaya, jika mereka diajar memasarkan produk di internet, keadaan akan berubah. Bukan sekadar kehidupan Puan Jamilah, malah kehidupan orang kampung lain yang berniaga. Bermulalah peristiwa perubahan kampung yang mati menjadi kampung yang hidup di dunia internet. Beli e-Buku Sekarang |