Resipi Kejayaan Untuk Bendahari RM 7.83 Buku kecil ini memberikan anda serba sedikit panduan bagaimana bagi ‘memasak juadah-juadah kejayaan’ dalam hidup kerjaya anda. Ia merangkumi beberapa aspek, iaitu bendahari adalah pemimpin, menjalankan tugas bendahari, rutin bendahari, berurusan dengan orang lain dan mengurus hidup bendahari. Bagaimana menggunakan buku ini? Setiap ‘resipi’ mengandungi sepuluh tip-tip ringkas mengenai kerjaya dan karier anda. Anda boleh membacanya sehingga habis, tetapi jika tiada masa, anda boleh merujuk setiap kali anda rasakan perlu. Contohnya, anda diminta mempengerusikan mesyuarat, sedangkan anda tiada langsung idea melakukannya. Jadi, anda boleh merujuk ke Resipi Dua Puluh: Mempengerusikan Mesyuarat. Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Panduan dalam buku ini bukan segala-galanya. Ia mungkin boleh membantu anda semasa ketiadaan idea bagaimana melakukan sesuatu dalam kerjaya seharian. Mungkin ada resipi yang ‘terlebih gula dan garam’ namun, ia sudah cukup bagi ‘mengalas perut’ anda. Bukankah itu lebih baik daripada terus berlapar bukan? Beli e-Buku Sekarang |