PEMBELOT

by Fatinilamsari Ahmad

Buku Fixi

RM 11.35

Sinopsis: Ketika Zaien diupah untuk menulis biografi Tan Sri Jaffar, bekas Perdana Menteri yang digulingkan beberapa tahun lalu, dia tidak pernah menyangka takdir akan membawanya ke Pulau Lissia. Tapi sebaik tiba di pulau itu, barulah dia tahu yang dia sebenarnya perlu menyelesaikan kerja Sharif, penulis yang diupah oleh Tan Sri Jaffar sebelum ini. Malangnya Sharif menghilangkan diri tanpa sempat menyudahkan manuskrip seperti yang dikehendaki. Tanpa sengaja, Zaien terlibat dalam permainan dendam kesumat antara Tan Sri Jaffar, isterinya Puan Sri Noreena dan pembantu peribadinya, Farida. Ketika satu persatu rahsia hidup Tan Sri Jaffar diketahui Zaien, keinginannya untuk menulis kisah silam lelaki itu semakin membuak- buak walaupun dia diberi amaran untuk tidak berbuat begitu. Sanggupkan Zaien mencagarkan hidupnya demi untuk mencapai cita- citanya bergelar penulis terkenal? Apakah Tan Sri Jaffar akan membiarkan saja dia menjadi pembelot?

Beli e-Buku Sekarang