PUNAI

by Asyraf Bakti

Buku Fixi

RM 11.35

Sinopsis: Aku tengok apa yang dicadangkan oleh internet. Keluar satu iklan: INGIN SEWA POKOK PISANG? Tumbuh mekar di kawasan rahsia yang terjaga air anginnya, daun hijau bak Zainal Abidin, buahnya yang kalau untung badan, berbuah lebih dari dua kali dan jantung pisang yang lembut terjuntai semestinya untuk anda yang menjaga kesihatan dalaman. Hanya RM10 sehari untuk pisang yang berkualiti. Copywriting yang mantap tetapi agak melukakan hati aku dengan perkataan seperti terjuntai dan pisang yang berkualiti. Aku tengok testimoni orang ramai yang menyewa pokok pisang dari brader pengiklan yang bernama Ali E.N itu. Rata-rata yang menyewa kebanyakannya dari pelatih tomoi atau produksi filem yang mahukan adegan di bawah pokok pisang. Tak sangka di dalam dunia ada bisnes sebegini rupa.

Beli e-Buku Sekarang