ULAR

by Azlan Fadzil

Buku Fixi

RM 8.71

Sinopsis: Selepas kehilangan kerjanya sebagai pengulas filem untuk sebuah majalah hiburan, Jimi ditawarkan pekerjaan sebagai seorang penulis di portal Gerabak Pop. Tugasnya mudah, tulislah apa-apa cerita, janji viral. Pencarian cerita-cerita viral itu kemudian menemukan dia dengan seorang pemandu Grab bernama Azie yang menceritakan kisahnya bertemu seorang penumpang yang bercakap tentang sebuah agama baru yang dicipta melalui mimpi yang diterimanya. Mereka berdua kemudian pergi menemui penumpang tersebut, yang hanya dkenali dengan nama Johan X. Kata Johan X, agama yang diasaskan itu diwahyukan kepadanya oleh seekor ular. Permintaan seorang perempuan bernama Rita untuk Jimi membantu mencari kakaknya yang hilang telah membawanya kembali ke Desa Damai X, perkampungan tempat penganut agama aneh itu. Apa agaknya rahsia yang terselindung di sebalik perkampungan itu dan apa kaitannya dengan kehilangan kakak Rita?

Beli e-Buku Sekarang