Catatan Seorang Teman by Azaika SR RM 8.71 Catatan Seorang Teman adalah merupakan antologi cerpen karya Azaika SR bermula pada tahun 1994 hingga 2019 yang tersiar dalam akhbar dan majalah tempatan. Antologi yang menghimpunkan sebanyak 10 buah cerpen ini bertemakan ketuhanan, kemanusiaan, kedamaian, semangat cintakan tanah air dan rasa suka duka kehidupan yang kita lalui di dunia ini. Antologi ini bukan juga sarat dengan falsafah dan pemikiran malahan membentuk ke arah nilai-nilai murni untuk dijadikan sebagai panduan yang amat berguna kepada kita semua selagi masih lagi kesempatan dan peluang oleh Allah SWT untuk terus bernafas dan menghirup udara yang segar. Semoga banyak pengajaran dan teladan yang akan kita perolehi apabila membaca antologi cerpen ini di samping menghiburkan serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Beli e-Buku Sekarang |