Jalan Pulang

by Azaika SR

Asrul Effendi

RM 8.71

Antologi ini menghimpunkan 10 buah cerpen yang bertemakan ketuhanan, kemanusiaan, kedamaian dan suka duka kehidupan yang kita lalui sebagai manusia di dunia ini. Selain daripada itu, penulis juga mengetengahkan pemikiran dan falsafah termasuk kecantikan nilai-nilai murni untuk dijadikan sebagai pegangan dalam kita meniti perjalanan hidup. Penulis juga menjadikan erti sebenar perjalanan hidup ini dan pengalaman yang dilalui sama ada masa silam, semalam dan hari ini sebagai guru yang mendidik kita mengenali akan kekurangan dan kelemahan dalam diri agar diperbaiki serta sentiasa mencari jalan ke arah kebaikan. Semoga antologi cerpen ini akan dapat memenuhi citarasa dan selera pembaca tegar tanpa mengira peringkat dalam usaha untuk mencambahkan minda serta menjadi panduan dalam mencari keberkatan hidup. Antara tajuk cerpen yang terdapat dalam antologi ini ialah Padah, Seorang Tua, Pak Long, Hulubalang Jiwa, Jalan Pulang, Tabah Seorang Isteri, Permata, Cabaran, Suratan Jodoh dan Hidayat.

Beli e-Buku Sekarang