TENGGEK

by Anas Mohd

Buku Fixi

RM 11.35

Sinopsis: Raksasa berkepala 10, makhluk setinggi pokok kelapa kencing berasid, jin hodoh bernama Buriwan – semua Rostam pernah hadap, atau sekurang-kurangnya membaca tentang mereka. Selaku seorang penyeludup makhluk aneh merangkap Along tak berlesen, dia juga mempunyai kelebihan bercakap dengan haiwan. Bachik pula penganggur yang punya nenek seorang bomoh. Suatu hari, neneknya meninggal dan dia harus pulang ke kampung. Masalahnya dia takut untuk bermalam di rumah nenek kerana dua perkara: bunyi lembu melenguh, dan bayangan pokok pisang meliuk di tingkap. Rentetan kejayaan menumbangkan scammer di kedai Ali Cendol, Rostam setuju untuk menemani Bachik pulang ke Ayer Tebing berserta ganjaran. Malangnya wasiat yang dijanjikan meragukan. Kematian Nenek Maemon mencurigakan. Kerisauan Bachik paling besar – saka tak bertuan. Ganjaran yang dijanjikan juga tipu belaka, lalu membawa kepada sengketa, misteri dan penampakan makhluk-makhluk aneh yang mendorong deria detektif Rostam untuk membongkarkan segalanya

Beli e-Buku Sekarang