KOTA

by Kamalia

Buku Fixi

RM 11.35

Sinopsis: Kesuma sebenarnya sudah muak menulis cerita tentang para Seleb Kota, yang sanggup lakukan apa saja untuk mengejar populariti, namun itulah tugasnya sebagai wartawan untuk Warna-Warni Kota, sebuah portal yang melaporkan kegiatan selebriti-selebriti yang mempunyai pengikut paling ramai di Kota. Namun kematian seorang Seleb Kota dan seorang pengikut tegarnya telah membuka rahsia gelap di sebalik kehilangan ramai penduduk Kota, termasuklah ayah Kesuma sendiri yang telah hilang secara misteri sejak 12 tahun lalu. Tanpa diduga, Kesuma, bersama seorang wartawan baru yang perahsia bernama Nasir telah dijemput untuk menyertai satu kumpulan rahsia untuk membongkar dalang di sebalik kehilangan itu semua. Rahsia apa lagi agaknya yang akan terbongkar?

Beli e-Buku Sekarang