KIAMAT

by Izhar Ruslan

Buku Fixi

RM 8.71

Tamim membawa harapan ibunya saat dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Malangnya dia terjebak dalam kegiatan sebuah kongsi gelap antarabangsa kerana cintanya pada Rukiya. Selepas beberapa tahun bergelumang dalam dunia jenayah, Tamim pulang ke Malaysia kerana mendapat berita ibunya sedang sakit tenat. Jalan hidup Tamim semakin sukar saat dia dikhianati dan kemudian dipenjara selama lima tahun. Di penjara, perkenalannya dengan Pak Ismail Chin setelah kematian emaknya membuatkan Tamim berubah menjadi seorang manusia yang kembali mendekati Tuhan. Pembebasan Tamim membawa dirinya berhijrah ke Kuala Lumpur. Hidupnya berubah sekali lagi apabila dipertemukan dengan seorang anakkecil bernama Damia yang diabaikan kedua orang tua, serta kemunculan seseorang yang mengingatkan Tamim akan masa silamnya yang hitam.

Beli e-Buku Sekarang