Travelog Dakwah- Meniti Hari Esok RM 10.47 TDMHE mengupas hampir kesemua persoalan itu, berdasarkan pengalaman peribadi seorang hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim. Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan. Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan (takut dikatakan riyak, sombong dan angkuh) benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati.-Norhayati binti Ramlee, Wartawan MIDI. Aturan ayat dan frasa kata yang mudah, tetapi menyentuh dan terkesan adalah jalinan cerita persis teguran sayang dan ajakan kasih kepada pembaca yang betul-betul tulus berfikir dan mengambil iktibar.-Che Zuina Ismail,Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,Universiti Teknologi MARA, Johor. Penceritaan bersahaja yang disampaikan secara tidak langsung mencabar minda kita supaya bersama-sama menyumbang dalam usaha meneguhkan lagi kefahaman berhubung Islam di mana juga kita berada.-Imran Abdullah,Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO,Paris, Perancis. Beli e-Buku Sekarang |