Sesegar Nailofar by Zaid Akhtar RM 13.99 Puaskanlah hatimu dengan menyumpah-seranahku sehingga hatimu kembali tenang. Kerana setelah engkau tenang, barulah engkau akan memikirkan betapa bukan engkau seorang saja yang menderita dan sakit hati. Tapi aku juga. Dan setelah engkau tenang, barulah engkau akan menyedari betapa bukan engkau seorang saja yang merintih dan terazab dilukai. Aku juga turut sengsara!-----Antara pelajaran, perjuangan, dan cinta yang jauh, Iqbal meniti semuanya penuh tertib, penuh cermat. Dan sebagai lelaki, sebagai insan... yang paling menguji tentunya adalah cinta. Tiga bulan tanpa apa-apa berita, namun Iqbal masih memegang pada janji. Utusan e-mel misteri membangkitkan tanda tanya - seakan mahu mencurahkan isi hati - siapa sebenarnya Nailofar? Beli e-Buku Sekarang |