MONARKI

by LOKMAN HAKIM

FIXI

RM 0.00

Kadir bagai melihat sesuatu, mendongak ke langit dan meracau-racau sendirian. Lagaknya seperti orang gila, berdialog seolah-olah ada manusia di atas tasik sedang berbual dengannya. Perbuatannya itu menjadi tumpuan mereka yang berada di tepi tasik. Maisarah pula ketakutan. “Abang, sudahlah tu, bang. Anak kita tu sakit. Kena bawa berubat.” “Orang kayangan, orang kayangan.” Shamsul langsung tidak mempedulikan cadangan Maisarah itu. “Abang! Mana ada orang kayangan, bang!” Tempikan keras itu menyedarkan Shamsul daripada ketidak-keruan itu. Wajahnya membengis. “Awak tak tahu apa-apa! Orang kayangan tu dah datang nak ambil anak kita, awak tahu tak?!”

Percuma