INVASI

by RAJA FAISAL

FIXI

RM 0.00

Ahmad Bayani, seorang jurutera, kaki sosial dan kaki perempuan, takkan menyangka dunianya yang mewah dan melalaikan bakal musnah sekelip mata. Sesuatu yang tak diduga oleh manusia akan berlaku. Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistik yang kemudiannya digelar Penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan tentera yang tiada tandingan, para alien memusnah dan membunuh tanpa belas. Adakah seluruh negara akan jatuh ke tangan mereka?Bayani harus memilih samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari Penceroboh. Di dalam kemusnahan itu juga, Bayani berdepan semula dengan kisah silamnya; ibunya yang telah lama hilang, dan kekasih yang terhalang. Hari INVASI bermula, dan nasib umat manusia akan berubah buat selamanya.

Percuma