JERAT by DAYANG NOOR RM 11.35 Apakah kaitannya dua pembunuhan kejam dan satu kemalangan (atau mungkin juga sebenarnya percubaan bunuh yang gagal) dengan sebuah tender IT bernilai RM400 juta? Kemalangan itu meragut ingatan Shereen. Apabila terjaga dari lena yang panjang, semuanya hilang. Dia perlu bangun semula dan bina kehidupan dan kenangan baru. Tetapi kini dia tidak pasti, siapa kawan, siapa lawan. Siapa Tash? Siapa Melia? Siapa Adele? Siapa Rizwan Zakaria? Siapa Datuk Hasnoor? Siapa Rahmat Hamidi? Dan siapa pula Pak Ya? Di tengah-tengah kekalutan itu, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah kepakaran IT Forensiknya membantu? Mungkinkah dia akan melepasi JERAT, atau akhirnya kecundang? Beli e-Buku Sekarang |