Aurat Di Bawah Bumbung by Shah Othman, Aishun Rafiq & Waled RM 9.50 Kita sering kali terlepas pandang batas aurat dalam kalangan keluarga, sedangkan ia amat penting demi menjaga maruah diri dan keluarga. Penjagaan aurat bukan sahaja bermula apabila kita melangkah keluar dari rumah, malah ia bermula dari dalam rumah. Semak kembali pergaulan kita sesama ahli keluarga. Adakah kita boleh bersalaman dengan sepupu? Dua pupu? Atau dengan bapa saudara? Antara topik menarik dalam buku ini: Siapa mahram saya? Boleh kita bersalaman? Lesen bertunang Ketahui pergaulan lelaki dengan wanita ajnabi Kisah viral menantu tidak mahu tidur di rumah mak mertua! Gula-gula. Selagi mana ia masih berbalut, ia akan tetap terpelihara dan boleh dimakan. Tetapi sebaik sahaja ia terbuka dan gula-gula itu jatuh ke tanah, ia tidak lagi akan dimakan. Begitulah perumpamaan penjagaan aurat dan tatasusila sebagai Muslim. “Orang lelaki tidak boleh memandang kepada aurat lelaki, dan orang perempuan tidak boleh melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh dua orang lelaki tidur dalam satu selimut tanpa pakaian, dan begitu juga dengan wanita. Mereka dilarang berbuat demikian.” (Riwayat Muslim) Beli e-Buku Sekarang |