Mini Novel 2in1 - BODYGUARD FROM TAIPING & PLASTER CINTA UNTUK BOS RM 13.20 BODYGUARD FROM TAIPING Dia lari dari rumah setelah dinikahkan secara paksa dengan lelaki bergelar Haji yang langsung tidak pernah dikenalinya. 10 hari yang mendebarkan... 10 hari mengenal dunia... 10 hari mencari cinta, dia menjadi Bodyguard kepada lelaki yang baru sahaja dikenalinya. Bagaimanakan Syarifah Aulia Rukiah melalui rencam hidup bersama ‘Bos’nya? “Saya cari kerja ni.” Terus terang sahaja aku bercakap, malas hendak berbasa basi lagi. Aku harus keluar dari rumah ini atau aku bakal dilanda musibah yang lebih besar, aku takut ‘tersuka’ kepada Akim. Sudahlah kacak, kaya pula tu malah paling hebat dia seorang yang tenang dan penuh karisma. “Rock nak cari kerja apa?” “Gheja kuli kot, SPM pun kantoi cukup-cukup makan ja.” “Cuba spesifik sikit.” “Bagi cheq jadi jaga pun ok dah.” “Boleh bawak kereta?” Aku angguk kepala. “Tahu seni bela diri.” Aku angguk lagi. “Boleh menembak?” Aku angguk lagi sebab memang betul aku pandai menembak. Di sekolah dulu aku pasukan kadet polis, memang aku ada mengikuti latihan menembak. Akim tersenyum dan senyuman dia pun bagaikan peluru sesat yang boleh menembusi hati ku kalau tidak di pasang perisai secukup-cukupnya. “Jadi bodyguard saya boleh?” “Apa bodyguard?!” Akim menganggukkan kepala PLASTER CINTA UNTUK BOS Apabila menyebut soal cinta, Umran Hannah adalah orang yang terlalu bernasib malang hingga terpaksa menolak cinta di dalam hidup. Namun, kerana ingin hidup kembali berjiwa, saranan nenek yang tersayang diturutkan. Fiona Amani yang selekeh, tidak bergaya dan agak naif itu dipilih menjadi teman hidup seorang lelaki pembersih dan cerewet. Daripada insan yang biasa-biasa, Fiona diubah menjadi luar biasa! Kecantikan dan keanggunannya, kembali meletakkan wanita itu di tempat teratas. Ketika cinta mula meresap, hidup juga seakan berjiwa, isteri yang mula dicintai kian beralih arah. Kemilau kemewahan menjadi pilihan, dan dirinya yang tidak berupaya memberi kesenangan ditinggal pergi. Meniti hari-hari yang sepi, Umran masih setia menanti. Menanti insan yang belum pasti hadir dan mengakui darjatnya sebagai seorang suami. Beli e-Buku Sekarang |