LAKNAT

by Fahmi Mustaffa

FIXI

RM 11.35

Amar menjadi mangsa liwat abangnya sendiri Ikhwan, walaupun Ikhwan dibesarkan dengan didikan agama. Amar percaya tuhan itu ada, cuma memilih untuk bermusuh dengannya, sebab bagi Amar, tuhan tak pernah ada saat dia meronta. Sifat bencikan tuhan bercambah bila dia melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi sejak dia bertemu dengan Professor William Hawking. Atheism dibaja subur dengan sains, semahunya. Ironinya Amar ditempatkan sebilik dengan Hakim, seorang yang berlatar belakangkan agama. Amar dan Hakim punya dua persamaan, mereka berfikiran terbuka dan mempersoal isu ketuhanan. Walaupun begitu, Amar mempersoal tuhan untuk bermusuh denganNYa, tetapi Hakim bersoal jawab untuk menambah keimanan kepadaNya.

Beli e-Buku Sekarang