Bright Times

by Khow Ewe Pin

Pelangi ePublishing Sdn Bhd

RM 13.99

Disebabkan cuma ada lima murid, iaitu Yumin, Yuwen, Jiajia, Yong Yi, dan Yi Ren yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Xuehe, sebuah kawasan pedalaman di Sungai Xuehe, sekolah itu hendak dipindahkan ke pekan. Tidak mahu hal itu terjadi, murid-murid sekolah SJKC Xuehe bertekad mengharumkan nama sekolah. Yong Yi dan Yi Ren berazam menjadi juara badminton, sementara yang lain hendak memenangi pertandingan mencipta video. Banyak pengalaman pahit manis murid-murid SJKC Xuehe – adik-beradik Chai, Yumin dan Yuren, adik-beradik Kuok, Yong Yi dan Yi Ren, dan Yan Jiajia – dalam usaha mereka. Selain menghadapi konflik dalam hubungan persahabatan mereka, mereka juga berjaya menggagalkan komplot jahat untuk membunuh Presiden Amerika. Yang menyedihkan, dalam usaha mereka itu, Yuren mati. Selepas kematian Yuren, barulah yang lainnya menyedari betapa istimewanya hubungan mereka. SJKC Xuehe akhirnya tidak jadi dipindahkan apabila semakin banyak murid belajar di sekolah itu. Sungai Xuehe juga berubah menjadi pekan yang terkenal.

Beli e-Buku Sekarang