Makan Dalam

by Sindiket Blogger Malaysia (Hamka, Cik Srikandi, Mr.K, Alexia Aqram, Karl Naim, Penulis.Sahaja, dan Nizam Archibald)

Terfaktab Media

RM 7.92

Jika anda mencari sesuatu yang baru atau di luar kotak pemikiran anda mengenai apa yang berlaku dalam negara kita terutama masyarakatny. Buku Makan Dalam adalah jawapannya. Ditulis oleh sekumpulan penulis blog yang lapar untuk berkongsi pandangan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu perkara. Dari perkara politik, sejarah, Islam sosial, sukan, sains, filem, rempit, KRU, hantu, FAM, ubat kuat, PAS, seks, orang Thailand, dan macam-macam lagi ada disentuh dalam Makan Dalam. Digarap tanpa rasa selindung-selindung, terbuka, pedas dan kadang-kadang santai, tetapi menusuk ke jantung. Lebih sedap dibaca dengan secangkir kopi O dan pisang goreng untuk mengisi rasa lapar mencari ilmu.

Beli e-Buku Sekarang