Tunas Super: Hana Super Starz

by Shyarina Assir

PTS Publishing House Sdn Bhd

RM 4.40

The Starz adalah kumpulan muzik terkenal di Korea. Selaku ketua kumpulan, Minha sentiasa cuba memberikan yang terbaik. Namun, tiba-tiba Young dan Honey ingin keluar dari kumpulan The Starz. Minha dan ahli-ahli lain tertekan dengan tindakan Young dan Honey. Suatu hari, Se Na, kakak Minha terlepas cakap dan mengatakan Minha adalah anak angkat. Sedih dengan kenyataan itu, Minha keluar rumah dan tinggal di asrama The Starz. Sejak mengetahui dirinya anak angkat, Minha cuba menyiasat sendiri latar belakangnya. Dengan bantuan Jie Jie, Minha mengupah penyiasat persendirian. Minha akhirnya mendapat tahu yang nama sebenarnya adalah Sarahana Diana dan dia mempunyai kuasa bayang. Apakah yang terjadi selepas Minha tahu identiti sebenarnya? Bagaimanakah pula dengan nasib The Starz?

Beli Sekarang