Travelog Haji Mengusik Hati

by Muhd Kamil Ibrahim, Roza Roslan

PTS Islamika Sdn Bhd

RM 30.71

Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar.Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji (50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca.Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, ?Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.? Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan menerbitkan buku ini.THMSI adalah sejarah. Proses penulisannya melalui pelbagai tahap dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci. Ada ketikanya air mata menitis tanpa paksaan. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian. Namun, rasa tunduk dan patuh kepada-Nya melingkari hari-hari bersama rasa hati yang sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan iman.TDMHE adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah. Saya mempunyai keinginan yang jelas, seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid, bangun malam, berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan terjemahan, serta membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah-kisah lampau. Ini sebagaimana catatan dalam THMSI.Rasa ini yang melahirkan 50TMH. Ia adalah THMSI yang dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah. Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.Akhirnya, ketiga-tiga buku ini, iaitu THMSI, TDMHE, dan 50TMH bersifat kesalingan. Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat kepada khalayak pembaca, terutamanya mereka yang mengenali saya selepas tujuh tahun penghasilan buku THMSI. Kesukaran mencari ketiga-tiga buku serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan.Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar.

Beli Sekarang