Panduan Memborong di Vietnam

by Muhammad Nizar Bin Jamaludin, Nur Hafizah Shaarani

PTS Professional Publishing Sdn Bhd

RM 10.47

1) Untung berganda - Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk para usahawan mengaut keuntungan berganda dan memborong pelbagai barangan berkualiti pada harga termurah. 2) Murah dan berkualiti - Produk buatan Vietnam mempunyai pasaran dan permintaan tinggi di Malaysia. Produk-produknya berkualiti, memenuhi cita rasa tempatan, dan ditawarkan pada harga yang berpatutan. Buku ini menyenaraikan plaza-plaza borong yang membekalkan barangan berkualiti pada harga termurah. 3) Tip survival - Orang yang tersesat di padang pasir sekalipun mampu hidup, inikan pula usahawan yang pergi memborong di Vietnam. Makanan halal, hotel yang murah, pengangkutan terbaik, teknik tawar-menawar, teknik mengesan penipuan, dan panduan memborong dihuraikan secara terperinci dalam buku ini. 4) Lengkap dan terperinci - Panduan memborong dalam buku ini lengkap dengan lokasi plaza borong, lokasi restoren halal, panduan keselamatan, tip survival, dan strategi memborong bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum. 5) Panduan dan teknik tambahan - Teknik tawar-menawar dan mengambil hati peniaga Vietnam - Panduan memilih produk yang laris di pasaran - Panduan menghantar barangan ke Malaysia dengan cepat, murah, dan selamat - Panduan beribadah dalam kesibukan di plaza borong

Beli e-Buku Sekarang