Meja Runding - Dari Konflik ke Solusi Strategik

by Imran Yusuf

PTS Professional Publishing Sdn Bhd

RM 12.32

Muhammad bin Abdullah, yang dilantik oleh Allah sebagai pemimpin masyarakat islam pada zaman lampau, tidak dilahirkan biasa-biasa. Antara kisah sejarah yang menyerlahkan bakat beliau sebagai juru runding terbaik di dunia ialah peristiwa batu hitam, tawaran pemimpin Quraisy, rundingan wakil nabi di Habsyah, sumpah setia Aqabah, piagam Madinah, tawanan perang Badar, perjanjian Hudaibiyah dan banyak lagi. Semuanya ada dihuraikan di dalam Meja Runding ini.Selain itu, antara bonus yang terkandung dalam Meja Runding ialah: - Bagaimana mengenal sama ada tawaran ataupun umpan dalam rundingan? - Beberapa contoh kajian kes rundingan yang melibatkan tebusan. - Contoh kes rundingan dalam dunia semasa seperti di Malaysia, Amerika, Iran dan lain-lain. - Persediaan menghadapi gangguan rundingan seperti emosi, tipu daya dan ugutan. - Seni mencari kesepakatan dalam tawar-menawar. Meja Runding, bukan sahaja wajib dibaca oleh para diplomat, juru runding, broker dan kesatuan sekerja sahaja. Bahkan, ia sesuai dibaca oleh sesiapa yang terlibat dalam jualan, pemasaran, usahawan atau pengurus projek.

Beli e-Buku Sekarang