TOKSIK

by Afiq Abruzzi

Buku Fixi

RM 11.35

Selamat Datang ke 21st Arena! Adakah anda pemenang bertuah ke-21 yang kami cari? Hidup atau mati? Menang atau kalah? Risiko yang tinggi tetapi pulangan ganjaran yang lebih tinggi sebanyak RM2.1 juta ringgit! Sila klik pada butang ‘YA’ untuk menerima tawaran ini. Satu e-mel yang diterimanya telah mengubah hidup Petra. Dari seorang pensyarah, dia tiba-tiba terperangkap dalam sebuah permainan gila bersama salah seorang pelajarnya, Fiona dan 11 peserta lain. Permainan yang pada mulanya disangka tidak berbahaya berubah menakutkan bila satu demi satu pesertanya mati. Hanya ada seorang yang akan meninggalkan 21st Arena itu dalam keadaan hidup bersama ganjaran lumayan yang dijanjikan. Yang menjadi pertaruhan adalah nyawa. Yang diperlukan adalah kebijaksanaan dan nasib. Nasib, kerana mereka perlu memilih untuk disuntik cecair asing yang akan mempengaruhi sistem tubuh. Seperti disuntik bahan toksik, cecair itu akan mengganggu pertimbangan dan akal waras masing-masing. Kawan atau lawan? Dengan siapa mereka akan berhadapan seterusnya?

Beli e-Buku Sekarang