Warna Hati Nurul

by Shahzy Hana

Jemari Seni Sdn. Bhd.

RM 12.14

… cuma ketika ini aku sedang belajar, apa itu erti reda... Demi menyelamatkan satu nyawa, Nurul Hasyifa menerima Fasil dalam keadaan terpaksa. Biarpun Fasil telah berterus-terang ingin mengahwininya kerana cinta, hati Nurul tetap tidak mampu menerima kehadiran lelaki itu. Namun, sukar baginya untuk menolak kerana dia tersepit antara perasaannya dan nyawa ibu Fasil. Keikhlasan Fasil benar-benar membuat hatinya tertambat. Tapi, saat Nurul mahu membuka pintu hatinya, datang pula Azreen membuat onar. Rumah tangga yang baru dibina tiba-tiba diuji dengan berita kecurangan Fasil. Walau berkali-kali Fasil membela diri, namun tiada siapa yang percaya bahawa dirinya difitnah. Apakah kesudahan kisah ini?

Beli Sekarang