Sandal Bunga-bunga

by Faziela

Jemari Seni Sdn. Bhd.

RM 10.56

Masing-masing punya kenangan pahit sebelum mereka bertemu. Tapi, mereka cuba membuka lembaran baharu kehidupan dengan hidup bersama. “Saya… bukan orang yang menarik. Saya ni kuat membebel, takut gelap, takut hujan, suka makan tapi tak pandai masak dan banyak lagi la benda yang tak okey fasal saya. Jadi, awak okey ke dengan tu semua?” “Okey.” Zahran angguk. Bermula dari situ, mereka mula mengenal setiap sisi masing-masing. Izza harus ke dunia Zahran yang tak pernah dia terfikir akan pergi. “Sebelum kita terjun I nak you tahu yang I sayangkan semua orang dalam famili….” Izza terhenti seketika. “… dan I benci you!” Namun, ada yang benci dengan kebahagiaan mereka. Mampukah mereka mengharungi gelombang dugaan hidup yang melanggar mereka?

Beli Sekarang