Dandelion Ditiup Angin

by Aidah Bakri 

Jemari Seni Sdn. Bhd.

RM 10.56

Jiwa yang tenang dan hati yang reda adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia Dini kembali ke Malaysia setelah yakin dia cukup kuat untuk menghadapi segalanya. Namun, segala apa yang direncanakannya tidak menjadi. Baru sebulan dia kembali, dia sudah bertemu sejarah silamnya, Rifqi. Rifqi sudah lelah mencari. Dia tahu kerana egonyalah insan di sisinya menderita. Kini, apa yang dia ada hanya dandelion di pinggir laman. Ibarat angin yang tidak jemu memanggil dandelion kembali, dia akhirnya bertemu semula dengan Dininya. Mereka tidak akan terpisah lagi! Itu janji Rifqi. Bertemunya mereka, mencarik semula luka di hati Dini. Mengapa mesti mereka bertemu lagi?

Beli Sekarang