Mat Cleaner UK

by ahmad affzan abdullah

Komrad Buku

RM 10.56

Sinopis Ada orang yang jadi tukang cuci sebab pilihan sendiri. Ada orang memang tak ada pilihan, sekadar itu sahaja kebolehan mereka. Bukan semua orang boleh cuci najis dan kotoran orang lain, tapi tukang cuci dah lalui itu semua. Mereka dah mudahkan kerja kita. Mereka kotorkan tangan supaya tangan sendiri tak kotor. Ini semua kita perlu hargai. Kerja sebagai tukang cuci ini memang penat. Kotor. Busuk. Tapi apabila kami berjumpa dengan pelanggan dan tetamu yang melayan kami seperti manusia, penat lelah kami itu seolah-olah hilang ditiup angin. Ya, kami tukang cuci ini juga manusia. Ada hati dan perasaan. Ada masa kami tertekan, ada masa kami sedih, ada masa kami terluka. Sama seperti pekerja kolar putih. Kmai juga ada tugasan yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Jadi kami ada pelanggan yang baik hati membantu meudahkan kerja kami. Alangkah gembiranya kami. Terima kasih pelanggan yang baik hati. Terima kasih kerana melayan kami seperti manusia.

Beli Sekarang