HIJRAH : Sebuah Novel

by ARIF ZULKIFLI

IMAN PUBLICATIONS

RM 10.56

“Kau pergi dekat lokar aku yang hujung sana dekat tingkap tu, lepas tu kau ambil seluar dengan baju sekolah aku, kau pergi gosok sekarang,” kataku sambil mulut menjuih ke arah satu-satunya lokar yang terbuka pintunya. Budak itu masih berdiri tegak di muka pintu. Aku dah angkat kening padanya. “Ada masalah ke?” “Tapi bang, dah azan dah ni. Saya nak pi solat lepas tu sekejap lagi ada prep pula bang,” kecil saja suaranya. “So? Itu masalah kau, bukan masalah aku. Dah kau pergi ambil baju dengan seluar aku sana, kau gosok sampai tajam. ***** "Umar?" Aku bingkas bangun dan berlari ke arahnya. Hanya beberapa meter saja lagi untuk sampai kepadanya, Umar tiba-tiba terbakar. Api berwarna kuning oren itu sangat marak, galak membakar sahabat baikku itu. Dalam kepanasan api itu, aku dapat dengar suara Umar yang sedang menjerit kesakitan, memanggil-manggil namaku. "MAJIDDDDDDDDDD!!!!!"

Beli e-Buku Sekarang