MANUSKRIP

by Rez Khael

Buku Fixi

RM 8.71

Sinopsis: Khairil Azriq bin Mustafa aka Kay sedar dia cuma ada 2 pilihan. Pertama, melupakan hasrat untuk menyertai pertandingan menulis novel anjuran publisher kegemaran dia, atau kedua menerima jemputan misteri untuk terbang ke Sandakan. Kay akhirnya ambil pilihan kedua, sebaik dia dijanjikan material yang akan membantu dalam penulisan sulung dia. Semua gara-gara Kay langsung tiada pengalaman menulis. Membuat dia buntu untuk memulakan penulisan. Persoalannya, tepatkah pilihan yang telah Kay buat? Tanpa menyedari yang dirinya sendiri sedang dimanipulasi seseorang untuk menyiapkan satu karyanya yang terhenti sekian lama disebabkan suatu peristiwa, Kay merasa seronok memanipulasi material yang diterima secara misteri sepanjang dia di Sandakan dalam penulisan pertamanya. Di pihak yang lain pula, terdapat seseorang yang hanya menjadi pemerhati dan terus menyalurkan material sambil menunggu manuskrip dia yang seterusnya disiapkan sendiri oleh Kay. Dan bila Kay sedar hal itu, adakah pilihan lain untuk dirinya?

Beli Sekarang