Mencapai Impian Dengan Solat Hajat

by Fakih Abul Faiq Al-Minangkabawi

Must Read Sdn. Bhd.

RM 7.39

Hidup kita tidak pernah dapat dipisahkan daripada hajat. Selagi kita masih bernyawa, selama itulah kita memiliki bermacam-macam hajat. Orang yang kurang harta, hajatnya adalah memiliki harta yang dapat mencukupkan keperluannnya. Orang yang sakit, hajatnya adalah mendapat kesembuhan daripada semua penyakitnya. Bagi seorang pelajar pula, hajatnya adalah berjaya menghabiskan pengajiannya dengan keputusan cemerlang, kemudian berjaya dalam kerjaya yang diceburinya. Begitulah realiti hidup, setiap orang pasti memiliki hajat masing-masing. Sekiranya kita ada hajat, jangan bimbang. Ada banyak cara untuk merealisasikannya, dan salah satu cara yang ditunjukkan dalam syariat adalah dengan melakukan solat hajat. Buku ini akan membincangkan solat hajat secara terperinci untuk kefahaman pembaca. Antara topik yang dikupas adalah: - Hukum Solat Hajat - Tatacara Solat Hajat - Pada Waktu Bila Kita Dilarang Melakukan Solat Hajat? - Mengapa Hajat Kita Tidak Dimakbulkan? - Kisah Inspirasi Kehebatan Solat Hajat - Bolehkah Solat Hajat Dilakukan Secara Berjemaah? - Doa-Doa Yang Boleh Dimohon Dalam Solat Hajat

Beli e-Buku Sekarang