Ada Cinta Dalam Hadir Mu

by TEH ZARINA

Karystos Creative Sdn. Bhd.

RM 15.84

Apa Pun Terjadi, Kau Tetap Ku Cintai Kerana cinta, Farish percaya kepada semua alasan yang dicipta Alina. Namun kerana kepercayaan yang diberikan untuk Alina, dia hilang seorang sahabat. Hilangnya sahabat bersama dengan terlerainya ikatan cinta. Alina ditinggalkan untuk mencari ketenangan dan erti cinta sebenar. Hidupnya bertambah kusut dengan mama yang asyik inginkan Kamelia menjadi menantunya. Luka lama pun belum sembuh, Farish malas nak menempah masalah baru. Dia belum bersedia. Hilang seorang teman, kini Farish hilang sahabat baiknya. Namun, perginya kini tak kembali. Bersama pemergiaannya tertinggal sebuah hasrat yang besar.Farish bingung adakah patut dia tunaikan? “Mohd Yunus Bin Tajuddin, kenapa awak nak kahwin dengan Sasha Ariadna Binti Ibrahim? Saya tahu saya ni memang cantik, sweet dan comelkan.” – Sasha Kehilangan ibunya di ubati dengan kehadiran Yunus yang memberikan dia segala perhatian dan kasih sayang. Namun, manusia hanya mampu merancang, jodoh mereka tidak kesampaian. Sasha hanyut dengan dukanya hingga tidak menyedari yang dia hidup dalam bahaya. Nyawa Sasha dan satu-satunya insan yang dia sayang dalam bahaya angkara dendam lama. Ikatan terjalin atas dasar sayangnya mereka kepada kekasih dan sahabat. Untuk Farish, dia benar-benar cinta. Sasha, pula masih keliru dengan perasaannya. Pada Sasha rasa cintanya dah lama pergi bersama perginya Yunus. ANDAI ADA CINTA DALAM HADIRMU, aku ingin merasa bahagia. Namun, pengkhianatkah aku? Mengkhianati cinta kami. -- Sasha. ANDAI ADA CINTA DALAM HADIRMU, bukalah hati mu untuk merasakan kasih sayangku. Aku ikhlas menyayangi mu, ingin menjaga dan menlindungi mu. Aku sungguh mencintai mu sepenuh hatiku…. -- Farish

Beli e-Buku Sekarang