Buat Duit dengan Ikan Keli

by Mohd Fakhrulrazi Safiai

PTS Media Group Sdn Bhd

RM 8.80

Siri Buat Duit menerangkan cara menambah pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti bisnes yang mudah, murah dan cepat. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kerja sampingan bagi menambah pendapatan. Mengandungi panduan yang lengkap sebelum dan selepas memulakan bisnes. Diterangkan dengan format yang mudah difahami, pembaca boleh terus membuka bisnes selepas tamat membaca. Pada masa kini, pihak kerajaan menggalakkan rakyat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Pelbagai insentif dan kemudahan disediakan bagi membantu rakyat menceburkan diri dalam pertanian. Sektor ternakan ikan air tawar semakin mendapat permintaan ramai terutama ikan keli kerana harganya lebih murah dan rasanya yang sedap. Selain mudah dibiakkan, cepat membesar dan tahan lasak ia boleh dimulakan dengan modal rendah. Turut menyentuh berkenaan pemakanan, penjagaan dan pengurusan bagi rujukan penternak dan juga bakal penternak. Rebutlah peluang ini dengan menjana pendapatan dengan ikan keli.

Beli e-Buku Sekarang