Buat Duit dengan Cendawan

by Mohd Fakhrulrazi Safiai, Rusila bt Yusof

PTS Media Group Sdn Bhd

RM 8.80

Siri Buat Duit menerangkan cara menambah pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti bisnes yang mudah, murah dan cepat. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kerja sampingan bagi menambah pendapatan. Mengandungi panduan yang lengkap sebelum dan selepas memulakan bisnes. Diterangkan dengan format yang mudah difahami, pembaca boleh terus membuka bisnes selepas tamat membaca. Sektor pengusahaan cendawan semakin mendapat permintaan. Ramai yang masih menganggap proses menanam cendawan rumit. Sebenarnya ia mudah serta senang dijaga. Anda boleh mulakan projek di kawasan rumah dengan permulaan modal kurang daripada RM1,500 dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip. Turut dimuatkan langkah-langkah membiakkan cendawan yang mudah, lengkap dengan panduan pelan projek dan susunan rak memudahkan lagi anda untuk memulakan bisnes ini.

Beli Sekarang