Irkam Ma’ana Bahtera Menuju ke Syurga

by Hilal Asyraf

PTS Media Group Sdn Bhd

RM 13.11

"Ya bunayya, irkam ma'ana." Maksudnya, "Wahai anakku, naiklah bersama kami." Itulah pujukan Nabi Nuh kepada anaknya, pada saat banjir kilat lagi besar berlaku sebagai hukuman kepada kaumnya. Anaknya ditenggelami air, walhal Nabi Nuh dan mereka yang beriman selamat di atas bahtera. Sayang seribu kali sayang, anak yang kufur kepada Allah itu menolak pujukan ayahandanya. Bahkan, dalam keadaan tergapai-gapai itu, dia masih bongkak lantas berkata, "Aku akan berenang ke gunung-gunung yang tinggi bagi menyelamatkan diri." Nabi Nuh berkata dengan sayu, "Hari ini tidak akan ada yang dapat menyelamatkan, melainkan Allah." Lalu, lemaslah anak Nabi Nuh, apabila banjir itu menenggelamkan segala-galanya. Irkam Ma'ana. Naiklah bersama-sama kami. Naik ke mana? Persoalan yang muncul dalam hati. Mari kita ikut bersama menjadi hamba sebenar Illahi.

Beli Sekarang